Today is Saturday, 21st of October 2017 04:40:05 PM

LAUNCHING OF IMBAK CANYON STUDIES CENTRE PROJECT

map ICCA

Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak (PPKI) terletak di pinggir Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (KKKI) dan terdiri daripada dua lokasi iaitu; kawasan utama Pusat Pembelajaran di mana semua bangunan dan kemudahan ditempatkan dan kawasan Taman Hutan Hujan Imbak, yang akan dibangunkan untuk tujuan pendidikan alam sekitar, cabaran-eko dan aktiviti rekreasi. PPKI merupakan pintu masuk ke KKKI, yang juga memainkan peranan sebagai pusat pengurusan bagi kawasan ini.

Map SCIC

Study Centre

Kompleks PPKI terdiri daripada beberapa bangunan berasingan yang berlainan saiz dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Salingkait antara bangunan ini memberi peluang untuk menubuhkan morfologi daripada pelbagai bentuk. Ini dicapai dengan membentuk suatu jalan cerita melalui perubahan dan ulangan bentuk biasa yang progresif dengan hubungan geometri dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Sebagai contoh, bangunan yang dibina akan menggunakan teknologi hijau dan berkonsep mesra alam. Ini melibatkan penggunaan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi, dan pelepasan haba melalui bumbung.

Bumbung, sebagai elemen bangunan yang paling nyata, mempamerkan pelbagai variasi bentuk geometri, dan dalam masa yang sama tetap mengekalkan fungsinya yang sebenar.
Setiap bangunan mempunyai ciri-ciri khas rekaan tersendiri sementara masih mengikuti rangka kerja senibina secara keseluruhannya. Bentuk bangunan juga mencerminkan fungsinya dan kedudukan binaannya berhubungkait dengan bentuk muka bumi dan bangunan bersebelahan.

Pendekatan alternatif untuk mengurangkan jejak tenaga pada PPKI telah diambil kira di dalam rekaan bangunan, seperti penebat dinding reflektif solar, dan sebagainya. Pelapangan tapak untuk pembinaan akan dilakukan secara minima. Hanya pokok-pokok yang membahayakan bangunan secara langsung akan ditebang. Walaubagaimanapun, bagi setiap pokok yang ditebang, jumlah pokok yang sama akan ditanam semula di dalam dan kawasan sekitar PPKI.
PPKI akan menggunakan sumber tenaga campuran; iaitu diesel, mikrohidro dan solar.
PPKI merupakan interaksi manusia dengan warisan semulajadi Sabah. Terdapat pelbagai penemuan penting serta pengetahuan dan pemahamaan yang bakal ditemui mengenai dunia semulajadi kita di sini. Bangunan-bangunan yang bakal dibina ini bukanlah objektif terakhir kita, tetapi merupakan tanda sokongan untuk mencapai objektif. PPKI dalam menghargai, memelihara dan memahami warisan semulajadi kita yang indah.

Pic 123

Aturcara

4.00 petang           : Ketibaan para jemputan

: Ketibaan
Yang Berhormat Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad
Pengarah Yayasan Sabah
: Ketibaan
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS

4.30 petang         : Ketibaan
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Sabah

4.35 petang        : Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

4.40 petang       : Doa

4.50 petang       : Ucapan oleh
Yang Berhormat Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad
Pengarah Yayasan Sabah

5.00 petang      : Ucapan oleh
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS

5.10 petang        : Ucapan oleh
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Penglima Musa Haji Aman
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Sabah

5.25 petang       : Penyampaian
Cek Projek Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS
kepada Yang Berhormat Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad
Pengarah Yayasan Sabah, disaksikan oleh Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

5.30 petang        : Lawatan ke pameran
: Sidang media
6.34 petang         : Berbuka puasa
: Solat Maghrib
: Makan malam
7.48 malam         : Solat Isyak dan Tarawih
: Moreh
9.00 malam        : Majlis dijangka selesai

This entry was posted in Uncategorized.
Bookmark the permalink.
Follow any comments here with the RSS feed for this post.